Sabtu, Ogos 15, 2009

Keajaiban Dunia - Teluk Fundy (Bay of Fundy)


Teluk Fundy yang terletak di Pantai Timur Kanada yang mencakupi keluasan pantai 270Km menyimpan salah satu fenomena ajaib didalam dunia ini. Teluk yang terletak diantara New Brunswick dan Nova Scotia ini mempunyai air pasang surut yang paling tinggi di dunia iaitu setinggi 16.2m. Setiap hari, sebanyak 100 billion air laut akan mengalir masuk dan keluar ke dalam teluk ini setiap kali fenomena ini berlaku. Ia mengambil masa 6 Jam dan 13 minit untuk menjadi air pasang dalam sepenuhnya. Fenomena ini dapat dilihat 2 kali setiap hari. Teluk ini juga tercalon sebagai salah satu keajaiban dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Teluk Fundy, bolehlah melawat website rasminya --> Teluk Fundy



p/s : Nak bg lagu apa haaa? xkena dengan tema betul...
hmmm belasah la lagu lama nih....
Chill...

Download lagu: Kembara - Impian Seorang Nelayan.rm

Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"
Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan

Tiada ulasan: