Sabtu, Mac 20, 2010

Multi tasking...



Manusia merupakan suatu makhluk yang multi-tasking???
Ye ker??? Apa korang ingat komputer jer ada multi tasking???
Kalau tak, takkan ada bidalan "sambil selam minum air". Zaman-zaman belajar dulu, selalu kita dengar cikgu-cikgu, lecturer-lecturer, senior-senior dan kawan-kawan menekankan kepentingan multi tasking. Sesiapa yang mampu melakukan pelbagai kerja dalam satu masa, nilai diri seseorang itu akan meningkat dan akan berebut-rebutlah company untuk memiliki individu seperti ini. Tapi sejauh manakah multi tasking seseorang manusia itu dan sejauh mana kita sedar bahawa kita ini adalah makhluk multi tasking. Kita ambil satu contoh mudah iaitu meminum air. Walaupun minum air itu mudah tetapi dalam kita tidak sedar kita telah melakukan multi tasking hanyalah kerana kita mahu meminum air. Mari kita menilai semula, adakah air tersebut dengan sendirinya masuk kedalam mulut kita? Tidak bukan??? Kita perlu mengangkat gelas (confirm2 yang berisi air), menggerakkan tangan, membuka mulut dan menelan air. Multi taking kan??? Contoh yang lebih kompleks sedikit... Kita melayari internet... Dalam masa yang sama kita mengadap screen komputer, menekan keyboard, menggerakkan mouse dan membaca maklumat yang terpapar... Memang multi tasking. Yang membuat kita merasa diri kita multi tasking atau tidak adalah sejauh mana kita menghargai apa yang kita lakukan walaupun ia pekara kecil. Lebih banyak kita menghargai usaha kita maka makinlah kita memahami kita ini adalah makhluk multi tasking dan keyakinan diri kita akan bertambah. Jadi hargailah diri, tingkatkan potensi diri semoga kita dapat mengubah dunia ini menjadi lebih baik untuk generasi akan datang. Apa apa pun, Ctrl + Alt +Del.