Khamis, Ogos 20, 2009

10 Kunci kereta Paling Cun

1.Bentley



2. Mercedes Benz




3. Jaguar




4. Land Rover




5. Audi




6. BMW




7. Lexus




8. Volvo




9. Infiniti




10. Cadillac


Download lagu terkini : Alyah feat. Riz - Ku Pinjam Satu Bintang.mp3

Beautiful Mind - Versi Umo



Macam biasalah.... Setelah berhempas pulas menekan kalkulator tempoh hari bagi mendapatkan nombor teleforn korang sendiri (pada xcuba lagi boleh cuba ye --> Nombor Telefon). Kali nih kita akan cuba satu lagi permainan mudah matematik..... Jom layan......

1. Macam biasa la...(dimulai dengan bismillah, yang bukan Islam tuh, bertafakur dah ler).
2. Pada yang genius tahap gaban, boleh teruskan.... pada yang xterer macam aku nih, sila-silakan amik kalkulator ataupun sempoa.
3. Pilih berapa kali korang minum minuman kegemaran korang tetiap pagi dalam seminggu. Sila pastikan lebih dari 1(dah nama kegemaran) dan kurang dari 10 (xtau lah seminggu ada 10 hari?)
4. Darab nombor yang dipilih korang itu dengan 2.
5. Kemudian, hasilnya korang tambah dengan 5.
6. Hasil dari jawapan tersebut korang darab dengan 50. (nasib baik ada kalkulator... kalau x, terkelat2 nak kira).
7. Sekiranya jawapan yang diberikan sama dengan umo korang, maka tambahlah nilai tersebut dengan 1760. Sekiranya jawapan dari langkah 6 masih belum menunjukkan jawapan umo korang, maka korang hanya perlu tambah dengan 1759.
8. Hasil dari jawapan ini, korang perlu tolak dengan tahun lahir korang ( 4 digit yer.... cth 1982).
9. Akhir sekali korang akan dapat satu nilai jawapan yang mengandungi 3 digit no.
10. Korang tahukah apa nilai nombor tersebut? (Korang pasti dapat menekanya)
11. Yea.... betul... korang memang bijak tahap gaban. Digit pertama adalah kekerapan korang minum minuman kegemaran korang, 2 digit terakhir adalah umo korang....
12. Apa lagi sebar-sebarkan kepada yang lain.....(Benda alah ini sah diperlakukan untuk tahun 2009 saja yerrrr)

p/s : Azwar, aku tunaikan permintaan ko untuk lagu Insan N Manikam... So Layan lekloq

Chill....

Download lagu terkini : Project Pop - Bukan Superstar.mp3

Website Menarik - Versi Tags



Aku pasti korang selalu nampak tag merata-rata terutamanya kalau pergi hotel tergantung-gantung kat pintu do not disturb....(paham-paham jelah). Ada sesetengah golongan manusia (xtermasuk aku) memang suka mengumpul tags-tags yang unik dan menarik. Ada sesetengahnya pulak suka-suki mendesign tags-tags menarik untuk dijadikan duit poket dan ada sesetengahnya menjadikan ia sebagai hobi. Hari nih aku akan kongsi ngan korang satu website membuat tags (simple je tags dia). Korang cuma perlu pilih warna tags, saiz tags, susunan tags dan masukkan tulisan korang..... Apa lagi, teruslah mencuba.....
Untuk Buat Tags korang sendiri, klik sini--> Buat Tags Sendiri

p/s : Ada feedback dari rakan2 pengunjung supaya aku tidak meletak lirik kedalam blog aku bagi mengelakkan blog aku panjang berjela-jela. Diaorang request letakkan satu lagu baru dan satu lagu old skool untuk didownload. Demi pengunjung-pengunjung setia, permintaan korang dimakbulkan.....(Apa sangatlah blog ini tanpa korang)
chill...

Download lagu terkini : The Law - Dhani Mulan.mp3

Isnin, Ogos 17, 2009

Lawak Kasar - Versi Didik Anak

Mendidik anak merupakan satu cabaran yang besar... memerlukan kesabaran, keilmuan, keperihatinan dan ke ke yang lain. Ibubapa mana yang tidak gembira apabila anaknya mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan. Namun, kadang-kala anak-anak terlalu proactive dan belajar lebih kehadapan dari yang di ajar kepadanya. Percaya atau tidak, lihatlah hasilnya...

Pening jugak cikgu dapat anak murid macam nih!!!!!!




p/s : masih belum terlewat untuk kita lakukan sesuatu....
Hmmm... best gak layan lagu anak nih....

Chill...

Download lagu: Carefree - Anak.mp3

Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu

Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak

Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu
Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu

Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak

Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu

Sabtu, Ogos 15, 2009

Keajaiban Dunia - Teluk Fundy (Bay of Fundy)


Teluk Fundy yang terletak di Pantai Timur Kanada yang mencakupi keluasan pantai 270Km menyimpan salah satu fenomena ajaib didalam dunia ini. Teluk yang terletak diantara New Brunswick dan Nova Scotia ini mempunyai air pasang surut yang paling tinggi di dunia iaitu setinggi 16.2m. Setiap hari, sebanyak 100 billion air laut akan mengalir masuk dan keluar ke dalam teluk ini setiap kali fenomena ini berlaku. Ia mengambil masa 6 Jam dan 13 minit untuk menjadi air pasang dalam sepenuhnya. Fenomena ini dapat dilihat 2 kali setiap hari. Teluk ini juga tercalon sebagai salah satu keajaiban dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Teluk Fundy, bolehlah melawat website rasminya --> Teluk Fundy



p/s : Nak bg lagu apa haaa? xkena dengan tema betul...
hmmm belasah la lagu lama nih....
Chill...

Download lagu: Kembara - Impian Seorang Nelayan.rm

Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"
Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan

Jumaat, Ogos 14, 2009

Website Menarik - Versi Jersi

Esok dah confirm mamak-mamak kedai boleh kembali tersenyum hingga ke pipi. Pengunjung-pengunjung setia hujung minggu akan bertandang ke kedainya untuk melepaskan "kegersangan" terhadap bola setelah berakhirnya musim lepas. Dengan perpindahan pemain yang hangat, memang xsabar rasanya untuk melihat mereka beraksi... Apa2 pun Chelsea dah ada satu piala. (Har har har)



Kepada peminat-peminat fanatik bola, jgn lepaskan peluang ini untuk mencipta jersi korang sendiri. Apa yang perlu korang buat hanyalah memilih team pasukan kegemaran korang dan letakkan nombor serta nama korang... mudah dan yang paling best... membangkitkan semangat kesukanan...


Untuk buat jersi korang sendiri, korang boleh klik disini --> Jersi Bola

p/s: kali nih aku bg lagu baru kat korang...

chill...

Download lagu: Malique feat. Salam - Cerita Kedai Kopi.mp3

Intro(Malique)
Terlalu banyak kena kopi, aku menyanyi
ditemani teko berasap dan bau wangi
ditemani cahaya malap dan lagu reggae
hayati, salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
masalah dunia, masalah peribadi
luahkan jangan simpan dalam hati
boleh cerita di kedai kopi

Korus (Salam)
Cerita kedai kopi
cerita kedai kopi
tiada hakim tiada saksi
cerita sensasi di kedai kopi (2x)

Verse 1 (Salam)
Ada satu hero melayu,
namanya rahsia
dulu lepak tepi parit kampung
sekarang lepak media massa
(Malique)
Asal boleh masuk tv,
dia mesti buat
awek tengok jambu, laki tengok meluat
citarasa makin besar otak makin ketat
baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
ay, jalan berkepak dengan awek romantis
biasalah budak baru nak naik jadi artis
ay, jalan berkepak dengan awek romantis
biasalah budak baru nak naik jadi artis
jakun ke pelakon, jamban ke makan malam
dinner show menyanyi, sorang pun tak faham
tapi datin muda tengok, geram dan sangkut
datuk outstation,apalagi angkut

Korus
Verse 2 (Salam)
I'm in the mood for love
simply because you're near me
honey but when you're near me
i'm in the mood yes i'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
kalau sunyi lagi boleh main gila
datin kena taruk, rahsia kemaruk
makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
datuk pergi London lama, pucat bila balik
bini buncit sikit tau dia tak boleh naik
datuk pergi London, dia pucat bila balik
bini dan anak percuma dah ada penyakit
apa kesudahannya, apa yang terjadi
rahsia tinggal rahsia takkan masuk tv lagi
cerita sensasi dengar di kedai kopi
setiap individu punya versi sendiri

Bridge (Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
masalah dunia, masalah peribadi
luahkan jangan simpan dalam hati
boleh cerita di kedai kopi
Chorus
Verse 3 (Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
ditemani teko berasap dan bau wangi
ditemani cahaya malap dan lagu reggae
hayati, rentak keluarga marley
hamba di belanda di tengah ibu kota
temanku Salam, dreadlocks bawah mahkota
anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
rindu nak dengar cerita kedai kopi Malaysia
aku cerita, dia ketawa
tak kering gusi, jatuh kerusi
dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
di Eropah orang bentang idea
topik-topik intelektual didiskusi
anjakan paradigma bila kena kopi
peace, love and harmony, reggae sampai pagi
keluar kedai kopi Amsterdam masih steady
Chorus
Outro (Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
ditemani teko berasap dan bau wangi
ditemani cahaya malap dan lagu reggae
hayati, yeah...

Beautiful Mind - Versi Nombor Telefon



Sesapa yang pernah tengok cerita nih mesti terasa betapa bestnya MATEMATIK.
Hari nih aku nak berkongsi dengan korang semua Nombor dan Matematik.
Jom kita cuba satu permainan mudah...

1. Mulakan dengan bismillah (pada yg bukan Islam tuh bertafakur lah yeeee).
2. Pastikan kalkulator berada disamping korang (melainkan korang genius tahap gaban ok la).
3. Masukkan 3 nombor pertama nombor telefon korang (bukan 012,013,014,015,016.......).
4. Kemudian korang darabkan nombor tersebut dengan 80.
5. Setelah itu tambah hasilnya dengan 1.
6. Darab hasil tersebut sekali lagi dengan 250 (nasib baik guna kalkulator... kalau x, xcukup jari tangan + kaki).
7. Tambah hasil tersebut dengan 4 nombor terakhir nombor telefon korang.
8. Lagi sekali korang campurkan dengan 4 nombor terakhir telefon korang.
9. Jumlah keseluruhan tersebut korang tolakkan dengan 250
10. Kemudian korang bahagikan hasil yang korang dapat dengan 2.
11. Akhir sekali korang tersenyum sorang-sorang melihat jawapan yang tertera pada kalkulator korang...
12. Selamat mencuba n selamat berkongsi bersama kengkawan korang...


p/s: lagu pun aku bg yang berkaitan nombor gak.....

chill....


Download lagu: M.Nasir - Apokalips.mp3

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C

Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat
Ada masanya engkau suka berteman

Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka

Hidup dan nasib roller coaster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Bila-bila boleh naik dan turun

Apokalips

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C

Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka

Rabu, Ogos 12, 2009

EPL bakal bermula.....

Memang xsabar rasanya menantikan kemunculan musim baru EPL....
sememangnya bukan aku sorang saja yang menantikannya... rasanya hampir seluruh dunia sudah terasa kehangatannya. Kadangkala aku tertanya juga, apalah ada pada EPL sangat yang menyebabkan ramai orang sanggup bersengkang mata tengah malam..... (macam xdak liga lain jaaa) Tapi itulah hakikatnya. Sebut saja EPL mesti orang akan kaitkan dengan kehebatan kelab-kelab didalamnya terutamaya Chelsea, Man U, Liverpool dan Arsenal. Arsenal? ye ke arsenal masih hebat? hmmm kita sama-sama tengoklah musim baru nih macam mana.

Sekarang nih telah banyak "virtual team manager" didalam internet dan aku merupakan salah sorang yang terlibat didalam kegilaan benda nih. dah 2 season join benda alah nih tetapi selalu dapat ranking beratus-ratus. Hasrat aku tahun nih untuk dapat ranking bawah dari 100.


Kepada korang-korang yang masih belum join, jom lah bersama-sama kita join. kita lihat sapa yang HEBAT. Hahahaha.


Untuk join, korang boleh klik di sini --> Premier Fantasy

p/s: semperna minggu bola nih...
aku bagi lagu demam bola kat korang...
Chill....

Download lagu: OAG - Name of The Game.mp3

In the middle of the field
You wonder how it feels
To be in the middle of along
Along hot Saturday
You were all over there
And the most local scenes
How it all begin
From the moment of the shining goal
Like it's gonna be a cold day
Like there is no one gonna blow a whistle
dont blame me with no treat
Coz I'am so tired and so sick Coz' Iam
What's the name of the game 2x
You were playin'
What's the name of the game 2x
You were playin'
Huhu....uuh...huuu....
In the middle of the field
You wonder how it feels
To be in the middle of along
Along hot Saturday

You were all over there
And the most local scenes
How it all begin
From the moment of the shining goal

Like it's gonna be a cold day
Like there is no one gonna blow a whistle
dont blame me with no treat
Coz I'am so tired and so sick Coz' Iam
What's the name of the game 2x
You were playin'
What's the name of the game 2x
You were playin'
I tought I will be the only one who care
But I should have known before we play
Before we play
Playin' again
Playin' again